Dalam acara IFA semalam (5 Sept 2013), Samsung telah melancarkan Galaxy Note III secara rasmi.
Galaxy Note III ini mempunyai skrin Super AMOLED bersaiz 5.7 inci dengan resolusi HD penuh 1080p. Badannya agak nipis, iaitu 8.3mm sahaja dan beratnya adalah 168 gram. Rekaannya nampak lebih premium, bahagian belakangnya masih menggunakan plastik polikarbonat tetapi nampak seperti kemasan kulit dengan jahitan.
Kapasiti baterinya pula dipertingkatkan kepada 3,200 mAh. Selain itu, kamera utamanya 13 megapiksel dilengkapi dengan teknologi ‘Smart Stabilization’ dan ‘high CRI LED flash’, membolehkan pengguna mengambil gambar yang tajam dan cantik walaupun ketika kurang pencahayaan. Apa yang menarik, kameranya menyokong rakaman video dengan resolusi 4K.
Dengan RAM 3GB dan pilihan cip pemprosesan Exynos 5 Octa-core untuk model 3G dan Snapdragon 800 Quad-core untuk model LTE, prestasi Note III dikatakan cukup hebat dan berkuasa. Memorinya pula adalah 32GB atau 64GB. S-Pen pada Note III ini dipertingkatkan dengan beberapa fungsi baru seperti AirCommand, Action Memo, Scrapbook, Screen Write dan Pen Window.
Galaxy Note III akan mula dijual pada 25 September ini tetapi masih belum ada maklumat sama ada Malaysia akan mendapatnya pada tarikh tersebut atau tidak. Ikuti Twitter kami untuk info terkini mengenai tarikh penjualannya di Malaysia.