Tukang Follow Ini Blog

Buat Duit Sambil Berblog~~Tips Mudah Disini

Author: Mr.ReVMon /

Korang semua rajin berblog?Rajin post status kat Facebook?Rajin berTweet?Kalau rajin,baguslah....sambil korang semua online tu,korang tau tak yang korang semua berpeluang untuk buat duit??

Macam mana?Taktau caranya??Tak pernah nak amek tau?Malas?Tak percaya?Hahahaha...tu semua alasan lapuk....ini bukan cobaan...ini benar2! Korang yg rajin berblog mesti pernah dengar ttg AdSense,Nuffnang dan sebagainya kan?Itu la caranya bloggers2 buat duit.....diorang jana income secara mengiklankan atau menjual ruangan iklan.....Aku ni bukanlah expert...blog aku pun tunggang langgang,maklumlah baru belajar...tapi kat sini aku nak share kan sesuatu yang aku rasa boleh kita manfaatkan bersama...yelah,daripada kita online saje2 tu,dapat juga something yg menguntungkan,betul tak? =)

Jadi...apa yg ingin aku kongsikan ialah tentang churpchurp....mungkin ramai yg pernah dengar kan?Ianya sama jer cam nuffnang....in fact,churpchurp ni adik beradik nuffnang..heheh...korang boleh jana pendapatan sambil berblog,berfacebook or bertweet dengan melalui website churpchurp ni....Churpchurp ini website yg reliable dan mereka memang membayar pendapatan anda melalui cek dalam matawang Malaysia....

Macam mana?? Mudah sahaja.....ikut je cara-cara ni....

1) Daftar dulu dekat website churpchurp (korang boleh klik kat link yang aku bagi kat bawah tu)
2)Penuhkan details yg diperlukan di web tu (semuanya PERCUMA)
3) Baca elok2 cara2 dia...setelah tu pilih la mana2 campaign yg korang nak promotekan...
4) Setiap campaign ada harga dia...misalnya,kalau korang pilih link utk promote iklan Pizza Hut,diorang akan bayar RM 0.40 untuk setiap klik yg kawan2 korang klik pada link yang korang letak kat blog korang ke...FB korang ke...
5)So...daftar la dan mula letak link.....MUDAH bukan?

KLIK PADA LINK NI DAN DAFTAR SEKARANG~~

Now you can earn rewards by sharing through facebook and twitter with #ChurpChurp! How cool is that?

10 Petikan Tentang "MASA" Yang Perlu Kita Tahu

Author: Mr.ReVMon /

1. Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Mereka menyeru kepada kebenaran dan menyeru kepada kesabaran. (Al-Qur’an)

2. Bila anda menguasai masa, anda akan memahami kebenaran bahawa kebanyakan orang terlebih jangkaan terhadap apa yang mereka mampu capai dalam setahun dan juga apa yang mereka mampu capai dalam sedekad! (Anthony Robbins)

3. Anda tidak akan berjumpa masa untuk sesuatu. Jika anda mahukan masa, anda mesti mencipta masa. (Charles Buxton)

4. Mereka yang teruk dalam mengurus masa sentiasa mengeluh bahawa mereka kesuntukan masa. (La Bruyere)

5. Tiada apa milik kita kecuali masa. (Geothe) 

6. Mereka yang memiliki masa memilii segalanya. (Benjamin Disraeli)

7. Semua bunga yang bakal berkembang pada hari esok adalah benih pada hari ini. (Pepatah Cina)

8. Masa ibarat pedang! Jika kita tidak menggunakan untuk memotong, ia akan memotong kita (Dalam peperangan) (Pepatah Arab)

9. Anda sentiasa menangguh, tetapi masa tidak berbuat demikian. (Benjamin Franklin)

10. Masa yang hilang tidak akan ditemui lagi. (Benjamin Franklin)

Diinspirasikan oleh: kuasamotivasi.com

[WOW] Rumah Daripada Daun Terup Yang TERBESAR Di Dunia

Author: Mr.ReVMon / Labels: , ,




Gambar di atas merupakan sebuah hasil kreatif yang hebat daripada seorang arkitek bangsa Amerika. Dia telah menggunakan sebanyak 218,792 keping daun terup untuk membina replika bangunan sebuah rumah ini. Hasil karya yang mengagumkan ini telah mengambil masa selama 44 hari untuk disiapkan di Macau dan telah diiktiraf oleh Guinness World Book of Record sebagai replika rumah daripada daun terup yang terbesar di dunia!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...