Tukang Follow Ini Blog

[SERAM MISTERI] KISAH JALAN BENTONG-K.L

Author: Mr.ReVMon /


Cerita ni berlaku kira-kira sebulan lepas berhampiran Karak. Suatu malam, seorang lelaki memandu kereta dari KL menuju Kuantan dan dia membuat keputusan untuk tidak melalui LPT kerana mahu menikmati pemandangan sepanjang jalan lama.

Malang menimpa, keretanya tiba-tiba rosak dan dia terperangkap di sebuah jalan sunyi. Di kiri kanannya hutan. Hujan turun dengan lebat dan hari bertambah gelap. Masa berlalu, namun masih tiada sebuah kereta pun yang lalu.

Dia membuat keputusan untuk berjalan kaki ke pekan paling hampir.

Akhirnya setelah lama berjalan kaki, dia melihat sebuah kereta menghala ke arahnya. Kereta tersebut bergerak perlahan dan akhirnya sampai di sisinya. Tanpa berfikir panjang dia terus membuka pintu dan duduk di seat belakang. Gembira kerana diselamatkan dari kesejukan dan kepekatan malam. Dia pun mahu mengucapkan terima kasih kepada orang yang telah menyelamatkannya.. membongkokkan badannya ke hadapan.

Alangkah terkejutnya lelaki tersebut kerana kerana kereta tersebut tiada pemandu!!!!

Walaupun kereta tersebut tiada pemandu, tanpa kedengaran bunyi enjin namun ianya masih lagi bergerak perlahan. Dari cahaya lampu kereta itu, lelaki tersebut melihat satu selekoh tajam di hadapan. . Dia yang menggigil ketakutan tak henti-henti memanjatkan doa kepada tuhan.  Ya Allah, ampunilah diriku dan selamatkanlah diriku dari jatuh ke dalam gaung di hadapan!!!



Ketika dia masih lagi dalam ketakutan dan terkejut, kereta tersebut tiba di selekoh dan tidak semena-mena muncullah satu tangan dari tingkap kereta dan memulas stering kereta tersebut.  Maka bertambahlah ketakutan di dalam dirinya. Dirasakan dirinya hampir lumpuh dan lemah longlai kerana ketakutan yang amat sangat.

Di kejauhan dia ternampak cahaya lampu dari pekan di hadapan. Dengan saki baki kekuatan yang ada dalam dirinya, dia menggagahkan dirinya melompat keluar dari kereta tersebut dan berlari sekuat hati ke pekan itu.

Akhirnya dia berhenti di sebuah kopitiam dan memesan minuman. Setelah melepaskan lelahnya, dia mula bercerita mengenai pengalamannya tadi kepada beberapa orang yang ada di kopitiam tersebut.

Keadaan di dalam kopitiam tersebut sunyi dan sepi mendengarkan cerita lelaki tersebut.

Tiba-tiba kopitiam tersebut dimasuki oleh dua orang Nigeria, Joshua dan Nigel. Joshua menundingkan jarinya kepada lelaki tersebut dan berkata…. “Look Nigel - that's the idiot who got into our car when we were pushing it.

*Page anda lambat loading?Video YouTube tersekat-sekat? Baca di sini untuk penyelesaiannya!

*Kereta anda dilanggar di parking shopping mall?Shopping mall taknak tanggung? Ketahui hak anda sebagai pengguna Malaysia!

*Sertai pertandingan ala Survivor dan Amazing Race anjuran minuman Mountain Dew ini! Klik di sini untuk sertainya sekarang!

Jadual Perlawanan Bola Sepak Sukan Sea 2011

Author: Mr.ReVMon /

Sukan SEA datang lagi!!! Kali ni misi skuad bolasepak Malaysia lebih hebat dan lebih mencabar lagi....Bukan sekadar nak mempertahankan emas bolasepak Sukan SEA 2009.tetapi juga terpkasa menghadapi lawan-lawan sukar dan dianggap 'heavyweight' Asia Tenggara kerana skuad bimbingan Ong Kim Swee diletakkan dalam Kumpulan Maut bersama-sama tuan rumah Indonesia,Singapura,Thailand dan Cambodia......Walaupun di atas kertas dan berdasarkan prestasi semasa laluan skuad Malaysia tampak berliku, namun aku sebagai penyokong tegar skuad Harimau Malaya yakin dan tetap optimis dengan skuad kita...masa 2009 dulu pun takde sape sangka kita boleh dapat emas,tahun ni mesti lagi boleh punya! Jadi kat sini aku sertakan jadual perlawanan skuad bolasepak kita untuk rujukan kita bersama....InsyaAllah RTM dan Astro akan siarkan siaran langsung perlawanan2 yang terpilih....(perlawanan dengan Indonesia mesti ada punya!)
Teruslah menyokong bola sepak Malaysia!
Jadual Perlawanan Bola Sepak Group A Sukan SEA 2011 (Waktu Malaysia)
07.11.2011 : Indonesia vs Cambodia 8.00pm , Gelora Bung Karno
09.11.2011 : Malaysia vs Thailand 5.00pm, Gelora Bung Karno
09.11.2011 : Cambodia vs Singapore 8.00pm, Gelora Bung Karno
11.11.2011 : Singapore vs Indonesia 3.00pm, Gelora Bung Karno
11.11.2011 : Thailand vs Cambodia 6.00pm, Gelora Bung Karno
13.11.2011 : Malaysia vs Cambodia 5.00pm, Gelora Bung Karno
13.11.2011 : Indonesia vs Thailand 8.00pm, Gelora Bung Karno
17.11.2011 : Thailand vs Singapore 5.00pm, Gelora Bung Karno
17.11.2011 : Indonesia vs Malaysia 8.00pm, Gelora Bung Karno

Corat-Coret AidilAdha 2011

Author: Mr.ReVMon /

Ini adalah sebahagian coretan dan bingkisan Aidiladha 2011 untuk perkongsian bersama













Mayat Baca Yasin!

Author: Mr.ReVMon /

Ini adalah cerita benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi.. 

Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser....penceramah bebas yang amat terkemuka di Malaysia ..

Ceritanya begini.. Pada suatu hari di musim haji yang lepas, pelajar Malaysia yang sama-sama menunaikan haji telah mengikut seorang Arab untuk mengebumikan mayat seorang yang meninggal dunia pada musim haji. Makam tersebut terletak di Ma'la....tempat pengebumian para jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah....

Cara yang mereka kebumikan mayat ialah dengan cara meninggalkan mayat dalam lubang yang disediakan Dan menutupnya untuk kira-kira lapan bulan. Selepas lapan bulan, lubang itu akan dibuka semula untuk mengebumikan mayat yang baru.

Pada hari tersebut, apabila satu lubang dibuka untuk mengebumikan mayat yang baru, orang Arab tersebut bertempiaran lari kerana dia nampak mayat sedang bersila, bukan tidur seperti kebiasaannya. Penuntut Malaysia ini memberanikan diri merangkak ke dalam kubur tersebut untuk melihat dengan lebih jelas. Hasilnya dia mendapati memang mayat tersebut sedang bersila dan mayat tersebut sedang membaca Al Quran, dan Al Quran tersebut memang yang asli.

Selepas dilihat seterusnya. Ayat Quran yang terbuka ialah Surah Yasin. Satu lagi perkara ialah mayat tersebut tidak reput Dan kain yang membalutinya juga tidak reput. Yang reput hanyalah kapas yang diletakkan di antara mayat dengan kain kapan (kain ehram).

Setelah dibuat kajian, rupa-rupanya mayat tersebut ialah mayat seorang Negro yang kerjanya ialah membersihkan Baitullah daripada tumpahan air zam-zam. Kerjanya tiada lain selain daripada membersihkan Baitullah jika ada tumpahan air zam-zam. Jika tiada tumpahan , dia kan duduk di satu sudut Baitullah dan membaca Surah Yasin. Itulah kelebihanya bagi orang yang berbakti ke jalan Allah... Inilah yang membuatkan aku semakin berkobar-kobar untuk mengunjungi Baitullah... .

Selepas peristiwa itu, lubang kubur itu pun di patri dan ditandakan agar tiada mayat lagi yang akan dikebumikan di situ..... sumber renungan kita. Inilah bukti akan janji-janji Allah pada hambaNya yang taat dan ikhlas bekerja keranaNya



*sebuah perkongsian untuk renungan bersama dari page FB Dunia Macam2*


 Untuk Internet yang lebih laju,baca di sini : Change now and your Internet connection will be lot more faster with this!


Kereta anda dilanggar di parking shopping kompleks tapi taktau sape yang langgar? : Baca di sini untuk ketahui hak anda sebagai pengguna Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...