Tukang Follow Ini Blog

Pemegang Rekod DUNIA dari MALAYSIA

Author: Mr.ReVMon /

Ini adalah antara beberapa contoh rekod-rekod dunia yang dipegang oleh rakyat Malaysia....Mari sama-sama kita lihat kehebatan warga Malaysia......


1) Menarik Kapal Terbang Menggunakan Rambut

Tentu ramai di antara kita yang masih ingat aksi lelaki India ini kan?Pada 30 september 1990, Orang Kuat Malaysia, Mr. R.Letchemanah telah melakukan aksi hebat dengan menarik sebuah pesawat Boeing 737 seberat 32.5 tan hanya dengan menggunakan rambutnya!(korang bayangkanlah betapa kuatnya rambut dia). Beliau telah berjaya menarik pesawat itu sejauh 16.85 meter (kira-kira 55 kaki) bertempat di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Subang.

Pada 1 Mei 1999, bertempat di  Bruntingthorpe Proving Ground, Leicestershire, UK,beliau sekali lagi telah mencatatkan rekod dunia dengan melakukan aksi menarik sebuah bas 2 tingkat yang seberat 7874 kg dengan menggunakan rambutnya juga. Bas tersebut berjaya ditarik sejauh 30 meter (lebih kurang 98 kaki).Syabas!

2) Pemindahan Tangan Pertama di Dunia

Pada 18 May 2000, Malaysia telah mencatatkan sejarah apabila berjaya melakukan pembedahan pemindahan tangan yang pertama di dunia terhadap seorang bayi berusia sebulan iaitu Choh Ling Ying (gambar).Pembedahan bersejarah itu telah dilakukan oleh kakitangan Hospital Selayang yang diketuai oleh Dr. V Pathmanathan dan mengambil masa selama 15 jam. Ternyata warga Malaysia juga punya kepakaran dan kemahiran yang tinggi dalam bidang perubatan.Tahniah!


3) Paling Banyak Menjadi Pengapit Pengantin Lelaki



Sehingga tahun 2006, Mr. Ting Ming Siong (gambar), seorang lelaki dari Sarawak, masih lagi memegang rekod dunia sebagai orang yang paling banyak menjadi pengapit pengantin lelaki. Dia telah menjadi pengapit sebanyak 1395 kali bermula daripada tahun 1975 sehingga kini.




4) Perkataan Singkatan (abbreviation) Yang Terpanjang di Dunia

Sebuah syarikat koperasi dari Perak telah mencatatkan nama sebagai pemegang rekod nama singkatan yang paling panjang di dunia. Nama syarikat itu ialah Syarikat Kerjasam Orang-Orang Melayu Kerajaan Hilir Perak Kerana Jimat Cermat Dan Pinjam-Meminjam Wang Berhad (pergghhh...nama camni pun ada ke??).Singkatan nama syarikat ini ialah S.K.O.M.K.H.P.K.J.C.D.P.W.B

5) Pensil Tertinggi di Dunia

Pensil yang tertinggi di dunia terdapat di syarikat pembuat alat tulis terkemuka iaitu Faber Castell di USJ,Subang Jaya,Selangor. Pensil yang menjadi simbol syarikat tersebut diperbuat daripada kayu jelutong,berketinggian 20.248 meter dan mengambil masa 4 bulan untuk disiapkan.Kini ianya masih lagi tersergam kukuh di pejabat Faber Castell seperti yang dapat dilihat di dalam gambar.

0 Komen:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...