Tukang Follow Ini Blog

[15/10/11] Man Utd VS Liverpool

Author: Mr.ReVMon /

Yeahhhh....malam ni sekali lagi akan berlangsung lah pertarungan 'Derby Sepanjang Zaman' antara The Red Devils and The Kops.Mampukah King Kenny merencanakan strategi terbaik bagi menahan amukan The Red Devil bimbingan Sir Alex Ferguson?Sama-sama kita nantikan game hebat malam ni...jangan lupe duduk depan TV,bukak channel Astro 812 ESPN pukul 7.40 nanti..sebelum tu,mari kita tengok rekod terkini kedua-dua pasukan...


‎5 Keputusan perlawanan MANCHESTER UNITED

Premier League
Manchester United 2 - 0 Norwich City
Champions LeagueManchester United 3 - 3 FC Basel
Premier LeagueStoke City 1 - 1 Manchester United
League CupLeeds United 0 - 3 Manchester United
Premier LeagueManchester United 3 - 1 Chelsea
5 Keputusan perlawanan LIVERPOOL

Premier League
Everton 0 - 2 Liverpool
Liverpool 2 - 1 Wolverhampton Wanderers
Tottenham Hotspur 4 - 0 Liverpool
Stoke City 1 - 0 Liverpool
League Cup
Brighton and Hove Albion 1 - 2 Liverpool


SO...APA PREDICTION KORANG??AKU PREDICT MAN UTD MENANG 2-1,ROONEY SCORE SATU,NANI SCORE SATU....CUBA KORANG PREDICT RESULT GAME NI...SAPA YANG PREDICT DENGAN BETUL SIAP DENGAN NAMA SCORER,AKU BG HADIAH TOPUP RM 10...AMACAM???TARIKH TUTUP UTK WAT PREDICTION IALAH PADA MINIT KE-10 GAME NI....SILA TINGGALKAN PREDICTION DAN CARA AKU NAK HUBUNGI KORANG DALAM BAHAGIAN 'COMMENT' POST NI....ADA BERANI???

Kenapa wanita TAK BOLEH KAHWIN 4???

Author: Mr.ReVMon /

Ni gambar-gambar yang aku dapat masa duk browse encek internet ni..hehe..memang lawak la..tapi logi..baru tau knape wanita tak boleh kahwin 4...korang tau tak kenapa???ni sebab nya...cuba tengok....







heheh...sekarang korang dah tau apa sebabnya??haha...bayangkan la apa yg jadi kalau satu cawan dicampurkan air dari 4 jug yang berbeza..ish..ish..ish....*jangan marah yer..sekadar hiburan semata-mata*

sumber: gempak.org

Andai aku pilih KEKAYAAN itu...

Author: Mr.ReVMon /

Ini adalah sebuah kisah untuk renungan kita bersama......




Di dalam sebuah desa yang permai, tinggal sebuah keluarga bahagia yang terdiri daripada suami,isteri dan sepasang anak kecil lelaki dan perempuan berusia 6 dan 4 tahun.Sesungguhnya kehidupan mereka ini tidaklah terlalu kaya, tetapi tidak pula terlampau miskin. Sekadar cukup memenuhi keperluan sehari-hari sahaja. Si suami nya bekerja sebagai petani dan juga mengambil upah membuat rumah manakala sang isteri menjadi suri menjaga keperluan rumahtangga......

Adapun seperti juga insan-insan lain,pasangan ini selalu berangan untuk menjadi kaya dan hidup senang.Setiap kali selepas anak-anak mereka tidur, sang suami selalu berkata kepada si isterinya "sayang,alangkah bagusnya jika kita kaya seperti saudagar2 di kota sana kan?Sudah tentu abang dapat membelikan segala apa yg sayang dan anak2 inginkan".Si isteri hanya tersenyum setiap kali suaminya berkata demikian. Sesungguhnya dia sudah amat bersyukur dengan apa yg diperolehnya dalam kehidupannya sekarang. Namun jauh di sudut hatinya tetap menginginkan kehidupan yg lebih baik dari sekarang.

Ditakdirkan Allah, suatu pagi setelah suaminya pergi bekerja, wanita ini melihat 3 orang lelaki berpakaian serba putih duduk di hadapan rumahnya. Wanita ini berasa hairan kerana dia tidak pernah melihat ketiga-tiga lelaki ini sebelum ini dan dia pasti mereka bukanlah di kalangan orang sekampungnya.Bagi menghilangkan teka-teki yang bersarang di hatinya, dia memberanikan diri utk bertanya kepada lelaki-lelaki tersebut....

"Siapakah kalian semua dan apakah hajat kalian datang ke mari?"Lantas seorang daripada lelaki tersebut menjawab, "Sesungguhnya kami adalah orang yang kamu tidak kenali tetapi kami sangat mengenalimu.Adakah suamimu ada di rumah"?Wanita tersebut mulai hairan dan meberitahu bahawa suaminya tiada di rumah. Maka lelaki tersebut berkata lagi, "Tidak mengapa,kami akan duduk menunggu di sini sehingga suamimu pulang".

Setelah suaminya pulang,wanita itu terus menceritakan perihal tiga lelaki tersebut dan suaminya menyuruhnya menjemput ketiga-tiga lelaki tersebut masuk ke rumah.Apabila wanita tersebut memanggik kesemua lelaki itu, hanya seorang sahaja yang bangun.Wanita itu pelik lalu bertanyakan kenapa tidak kesemua mereka masuk ke rumah.Lelaki yang pertama itu menjawab,"Sesungguhnya nama aku adalah Kekayaan.Dua orang lagi temanku itu ialah Kejayaan dan Kasih Sayang.Hanya salah seorang daripada kami yang akan masuk ke dalam rumahmu.Maka kamu berbincanglah dengan keluargamu dan buatlah pilihan yg terbaik".Mendengar kata-kata lelaki itu,wanita itu terus mendapatkan suaminya dan memberitahu tentang hal tersebut.

Suaminya agak terkejut mendengarnya tetapi kemudian berkata,"Ah..inilah peluang yang kita nantikan selama ini..apa kata kita jemput saja Kekayaan yang masuk,mesti rumah kita ini akan dilimpahi dengan kekayaan.Kita akan menjadi kaya-raya!".Isterinya turut teruja mendengar cadangan si suami,tetapi setelah berfikir sejenak dia pun berkata,"Tak guna juga kita hanya ada kekayaan.Nanti lama-kelamaan kekayaan itu akan habis dan kita akan miskin kembali.Lebih baik kita jemput sahaja Kejayaan yang masuk.Mesti kita akan sentiasa berjaya dan sudah tentu kita juga akan kaya,betul tak bang?".Suami isteri itu mula serba salah dan berlakulah sedikit pertengkaran antara mereka berdua.

Tatkala mereka berdua bertengkar, tiba-tiba sahaja si anak lelaki yang mulanya leka bermain di ruang tamu tiba-tiba berkata,"Jemputlah Kasih Sayang yang masuk...mesti kita akan lebih bahagia...kan mak?kan ayah?".Ibu bapanya terkejut dengan apa yang dicadangkan oleh anaknya itu.Setelah itu,si bapa berkata,"Isteriku,kamu pergilah jemput Kasih Sayang yang masuk.Abang percaya apa yg anak kita cakapkan ini ada benarnya".Lalu si isteri pun terus menjemput Kasih Sayang yang masuk.

Apabila Kasih Sayang yang dipanggil,ternyata dua lagi rakannya iaitu Kekayaan dan Kejayaan turut ikut masuk.Ini membuatkan keluarga itu terkejut."Bukankah tadi kamu katakan hanya seorang sahaja daripada kamu yang akan masuk?Mengapa sekarang ketiga-tiga kamu pula yang masuk?",tanya si bapa yang kehairanan.Kekayaan menjawab,"Tuan,sesungguhnya kamu dan keluargamu telah membuat pilihan yang tepat. Andai kamu memilih aku (Kekayaan),nescaya hanya aku yang kamu akan dapat.Namun,kekayaan akan habis jua nanti.Jika kamu meilih Kejayaan,pasti hanya kejayaan yang akan kamu perolehi.Mungkin kamu tidak akan mengecapi kebahagiaan dan nikmat kehidupan yang hakiki.Tetapi kamu telah memilih Kasih Sayang,sudah tentulah kami turut mengikuti kasih sayang masuk ke rumah kamu kerana kasih sayanglah sumber kekuatan sebuah keluarga dan perhubungan.Apabila kamu sudah kuat,nescaya kamu akan berusaha sedaya mungkin dan akamu akan perolehi kejayaan dan juga kekayaan".

Sekian...Terima Kasih.....

Sama-samalah kita renungkan...walaupun cerita yang ku karang ini hanyalah rekaan semata-mata dan berinspirasikan dari kisah yang pernah ku baca,namun cerita ini tetap boleh kita jadikan pengajaran dan ikitibar dalam melayari kehidupan seharian kita..InsyaAllah

ORIGINALkah handphone anda?

Author: Mr.ReVMon /

Korang mesti ada handphone kan?baru beli Iphone?Samsung Galaxy?ehh...original tak tu?kalau nak tau original atau tidak...mari kita cuba sedikit 'eksperimen' ni....

Mula2...pada handphone anda,tak kira lah apa jenis phone sekalipun...Iphone ke...Sony Xperia ke...hatta Nokia 3310 (handphone legend ni..) sekalipun,cuba taip kan *#06#....kemudian tekal call....sama mcm time kita nak check balance kredit phone tu....ok..lepas tu akan keluar lah IMEI number telefon anda...IMEI tu ialah [ International Mobile Equipment Identity]...biasanya IMEI number ni ada dalam handphone kita...kat belakang bateri...tgk gambar kat bawah ni sbg contoh

                                                                   
 
Ok...jadi sekarang cuba check IMEI number phone korang...semak nombor yang ke 7 dan ke 8 pada IMEI number tu...Contoh mcm IMEI kat atas tu 355812010064326 nombor yg ke-7 dan 8 ialah 01....

Untuk semak original ke x handfon tu...let's check it out:
02 or 20 : dari China = LOW QUALITY
08 or 80: dari Germany = FAIR QUALITY
01 or 10: dari Finland = VERY GOOD
00 or 03 or 04: dari kilang asal handphone = BEST MOBILE QUALITY
13 : dari azerbaijan =VERY BAD QUALITY & DANGEROUS FOR HEALTH

Pastikan handphone anda original....check sebelum membeli utk elakkan anda ditipu~

Tanda-tanda seorang LELAKI diMINATI WANITA

Author: Mr.ReVMon /

*milik siapakah gadis ini*

1) TUNJUK MINAT
Si dia (wanita) yang mempunyai minat terhadap anda akan sentiasa memberikan perhatian dan menunjukkan minat terhadap segala apa yang anda bincangkan. Biarlah isu yang anda bincangkan itu mungkin kadangkala tidak masuk akal ataupun merapu,dia akan tetap memberi sepenuh minat. Meskipun anda bukanlah seorang yang pandai berbicara,dia tetap akan melayan anda dengan hati yang terbuka dan perhatiannya hanya pada anda. Jika si dia selalu tersenyum melayan perbualan anda,ternya dia meminati anda....jangan tunggu lagi..mulaka langkah anda!

2) BERSIKAP TERBUKA
Wanita selalunya tidak akan berkongsi segala maklumat peribadinya secara terbuka kepada lelaki,melainkan dia mempunyai minat terhadap lelaki itu dan mempunyai rasa yakin terhadap si teruna. Jika si wanita mula berkongsi segala ceritanya kepada anda,itu tandanya hatinya mula terpaut pada anda.

3) DIA MEN'JUAL' DIRINYA
Jangan salah faham dengan tanda yang diberikan ini. Ia nya bukanlah suatu perkara negatif.  Jika percakapan dan perlakuannya mula menunjukkan tanda yang dia mempromosikan kelebihan dan sifat positif dirinya, maka ini adalah petanda bahawa hatinya telah terpaut pada anda. Perlakuannya yang sedemikian adalah untuk menyatakan kepada anda bahawa dirinya berbaloi untuk dimiliki

4) TIDAK SENANG DUDUK
Sesetengan wanita biasanya suka menunjukkan tanda (hint) yang tidak jelas dan sukar untuk sang lelaki mentafsirkannya. Namun apabila si wanita mula tidak senang duduk bila berhadapan dengan anda,sedikit gugup dan malu-malu,ataupun sengaja terlanggar bahu anda sambil mengerling manja, ternyata anda hanya perlu berusaha sedikit sahaja kerana pintu hatinya sudah separuh terbuka buat anda,percayalah!

5) ANDA DIPERKENALKAN KEPADA RAKAN DAN KELUARGANYA
Ini bermakna anda telah pun diterima masuk ke dalam hidupnya. Mengenalkan anda kepada teman-temannya bermakna dia bangga memberitahu kepada temannya bahawa anda adalah 'kepunyaa' dia dan juga mungkin membawa maksud 'jangan akacau aku punya'....setelah itu,anda akan diperkenalkan pula dengan keluarganya untuk membawa perhubungan anda ke tahap yang lebih serius

15 Jenis Perangai PEREMPUAN yang buat LELAKI sangat MENYAMPAH

Author: Mr.ReVMon /

1. Berambut perang..tak pun rambut kaler merah highlight sikit-sikit budget Avril
Kau ingat rambut kau kaler2 tu cantik ke?macam burung kakak tua ada la~~haha

2. Kau pintal-pintal rambut kat public dengan lidah terjelir-jelir..kau nak jadi pornstar eh?
 Ingat kool? Cermin kat rumah takde ye cik kak?try tgk cermin,lawa ke tak kau buat muka mcm tu

3. Snap gambar dari atas, buat duck face & kau upload kat Facebook..geli doh tengok..kalau 1 album nama kau, dalam tu semua muka itik kau. Muka penuh depan kamera..semuat-muat frame..bodoh
Kalau Mark Zuckernberg tengok album kat page kau ni,sure dia menyesal buat Facebook kau tau tak?kamera tu kalau dia pandai bercakap,dah berbakul dia maki kau...muka tak lawa lagi mau pose macam tu..wakakaka..

4. Kau rasa comel bila kau type message ‘ewww..jum lepak..busyan lorh…umah tadew orang..pakwe gie maen futsal pulark..busyan busyan! T__T’ macam shit kau tahu tak
Ni lah spesis yg time mak bapak suruh gi skolah dulu, kau pegi main masak2..kan dah tak pandai guna bahasa Melayu...sengal!

5. Kau kerek bila kau makan kat fastfood ngan member-member kau..kau snap gamba sana-sini macam tempat tu tak de orang..annoying taek!
Ko ingat tempat public mcm tu moyang kau dah beli ke??org lain pon nak mkn woii...tak selera tekak orang lain tengok ko wat perangai tak senonoh ngan geng2 kau...

6. Kau pakai baju nampak lurah tetek kau pegi jalan-jalan kat bandar..kau seronok lah abang misai pandang pastu tulis kat facebook ‘nyampah nyew adew abang misai usya-usya kitew..tark syukew tark syukew larh’ Perosak bahasa sial.
aduhai....kau ingat ko punya lurah tu mcm angelina jolie punya ke?tak payah la nak tunjuk2..takder org selera tengok...lagi nak muntah ada!

7. Annoying doh tengok kau peluk laki or balak kau dekat public or shopping complex..kalau sangap sangat g rumah tumpangan RM30/nett
hahaha...ni sah2 dah tak tahan sangat ni...muahahaha

8. Kau pakai tudung tapi kau pakai jeans yang abang misai dari jauh boleh nampak shape bontot kau yang jatuh tu..lagi-lagi kalau lepas duduk, terselit ‘celapong’ (celah ponggong a.k.a pungkoq)
Dah takde modal lain ke nak ngorat weiii? 

9. Macam shit bila kau tulis kat facebook yang kau tengah tension, tengah sakit perut, tengah happy..weh..asal time berak kau tak tulis sekali ‘kitew tengah berak..syuke syuke ^__^’
koo ingat fesbuk tu ko sorang je yg punyer..??ramai org wei ada fesbuk..org lain muak la nak tengok FB tu turun naik notification psl ko tulis benda2 mngarut tu...

10. Kau saje ubah-ubah relationship status kat facebook..kononnye kau ni macam best kejap Single, kejap in relation, kejap open..asal kau tak bubuh ‘I am Lesbian’
Tu lah ko...time galak bercinta dulu bkn main lagi wat status..siap tulis 'married' lg kan?married lutut hang..bile gaduh je sket mula la wat single la..deactivate fesbuk la..hahaha

11. Nyampah tahu tak kalau kau tak reti bawak barang shopping sendiri..padahal 2 3 plastik je..tu pun nak suruh balak kau..balak kau nyampah ok..bukan suka pun
Ko ingat laki suka ke pompuan jenis camni?menyampah dowh...mesti nanti kawen jadi queen control..mintak simpang la beb!

12. Kau order makanan itu ini sebab gambar dekat menu cantik..tapi bila makan 3 4 sudu kau cakap tak sedap..lepas tu tak habis..lepas tu ngadu lapar..g makan kat tempat lain pulak..nak terajang muka kau siot
Ko ingat duit laki dapat tu nak abes layan kerenah bodoh kau ni?bawak2 la bersyukur weii..org somalia mati tak makan tau..ko senang2 jer wat perangai membazir cam setan ni..

13. Kau tak pandai buat tu, buat ni..tanak pegang tu, pegang ni..alasan kau kotor, jijik..habis sapa yang nak buat kan?
Ni memang stok2 pompuan yg takleh dibuat bini...semua benda takleh,semua benda geli...abes..cmner nak basuh berak nanak nanti??

14. Kau cerewet..kena buat semua benda macam kau nak..kalau tak sama macam kau nak, kau angin, kau merajuk, kau marah..cuba kalau kau buat kerja yang orang cerewet macam kau..muncung je mulut kau
Cerewet sangat..konon nak suruh lelaki pujuk la tu...cett...menyusahkan org je kalau perangai cmni tau? 

15. Kau buat facebook ni macam medan memperagakan diri..kau upload beribu ribu gamba muka kau je sampai 10 album.. bila ade org puji kau jawab ‘ala shayer tark syomel pown..beshe beshe jew’ nyampah siot
Memang tak lawa pon perangai macam ni....hahaha

*sekadar gurauan dan untuk hiburan semata-mata...tiada berkaitan dengan mana2 pihak yer..hehe*

Bingkisan Kisah Budak Penjual Kuih

Author: Mr.ReVMon /

Sebuah kisah yang ingin ku kongsikan....sama-sama lah kita mengambil iktibar dan pengajaran...

Selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.
“Abang nak beli kuih?” katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.
“Tak apalah dik… Abang dah pesan makanan,” jawab saya ringkas.
Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.
“Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?” katanya selamba semasa menghampiri meja saya.
“Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni,” kata saya sambil menepuk-nepuk perut.
Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, “Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?”
 Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.
Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu.
 Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.
“Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang.” katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.
Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.
“Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu,” Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya. Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.
“Kenapa bang nak beli kuih ke?” tanyanya.
“Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!” Kata saya tanpa menjawab pertanyaannya.
“Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!” katanya begitu lancar.
Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.
“Abang nak beli semua ke?” Dia bertanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.
“RM25 saja bang.”
Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.
Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan. Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!

*kisah ini pernah ku baca dulu dan hari ini sekali lagi ku baca...credit to: http://www.bloggermuslim.com/*

Jika Rasulullah s.a.w masih ada...

Author: Mr.ReVMon /

Ini hanyalah satu muhasabah bukan realiti dan harap ia tidak menjadi kontroversi.
Saudaraku sekalian....andainya Rasulullah s.a.w masih ada.....

Bayangkan apabila Rasulullah dengan izin Allah tiba-tiba muncul mengetuk pintu rumah kita.
Ketika itu Baginda datang dengan tersenyum dan muka yang berseri-seri di hadapan pintu rumah kita. Apa yang akan kita lakukan? Mesti kita menjadi sangat terkejut, memeluknya erat-erat lantas mempersilakan baginda masuk ke ruang tamu. Kemudian kita tentunya akan meminta agar Rasulullah sudi menginap beberapa hari di rumah kita. Tapi barangkali kita meminta Rasulullah menunggu sebentar di depan pintu kerana teringat VCD 18+ atau lukisan wanita separuh bogel yang melekat di ruang tamu kita sehingga kita terpaksa memindahkan semuanya ke belakang dengan tergesa-gesa kemudian menggantikan khat nama Allah dan Muhammad yang tersimpan dalam almari dan kita meletakkannya di ruang tamu.
Apa agaknya Rasulullah katakan jika baginda tahu semua itu? Bagaimana pula jika Rasulullah bersedia menginap di rumah kita? Barangkali kita menjadi malu kerana tidak mengetahui sedikitpun sejarah Rasulullah s.a.w, keluarga dan sahabatnya. Kita terpaksa menukar ruang tamu menjadi ruangan solat, malah segera mencari pakaian solat, kopiah, serban dan al-Quran. Manakala bagi anak isteri, kita terus belikan pakaian menutup aurat demi menutup malu selama ini kita berpakaian tidak menutup aurat .
Apa agaknya rasa Nabi dengan perlakuan dan lakonan kita itu? Belum lagi koleksi buku-buku, kaset dan karaoke kita. Ke mana kita harus menyingkirkan semua koleksi itu demi menghormati junjungan kita? Sudah tentu kita menjadi malu kerana kita tidak pernah ke masjid meskipun azan berkumandang. Kita juga pasti malu kerana pada waktu Maghrib keluarga kita masih sibuk di depan televisyen. Kita hanya menghabiskan hampir seluruh waktu untuk mencari kesenangan duniawi. Sudah tentu juga kita berasa malu kerana keluarga kita tidak pernah menunaikan solat sunat, sangat jarang membaca al-Quran dan tidak mengenal jiran tetangga kita.
Sudah tentu kita malu jika Rasulullah menanyakan kepada kita siapa nama tukang sampah yang setiap hari lewat di depan rumah kita.
Justeru, bayangkan apabila Rasulullah tiba-tiba muncul di depan rumah kita. Apa yang akan kita lakukan? Masihkah kita memeluk junjungan Nabi kita itu dan mempersilakan baginda masuk dan menginap di rumah kita? Atau akhirnya dengan berat hati, kita menolak kunjungan baginda kerana hal itu akan sangat membuat kita segan dan malu. Maafkan kami ya Rasulullah. Oh betapa memalukannya kehidupan kita saat ini di mata Rasulullah. Itu belum lagi kalau hendak kira cara kita mencari duit, membina keluarga, cara kita berpolitik, berniaga dan segala perlakuan kita yang bertentangan dengan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Layakkah kita bergelar umat Muhammad, dan layakkah kita mendapat syafaat Nabi di hari akhirat nanti?

"Renungan untuk diri sendiri dan sahabat2 semua..."

Credit to: http://www.informasi.my/

Cara Buat Topup RM 10 Tak Luak,MENJIMATKAN!!!

Author: Mr.ReVMon /


Nampak x cover buku "20 Cara Jimat Duit" kat atas tu?Haa..bukan aku nak jual buku..cuma aku nak bagi salah satu cara utk korang jimat duit. Entri ni khas utk mereka2 yg pakai prepaid...cara ni aku dapat daripada sepupu aku yg jadi eksekutif kat salah sebuah syarikat telco..(opss..nama syarikat xleh la bgtau..hihi).dia ajar aku cara utk wat cross-account.ni adalah cara nak buat kredit handphone kita tak bergerak,walaupon kita call org selama mana pon...or hantar mesej sebanyak mana sekalipon....kan jimat tu?nak tau cmne caranya???jeng..jeng..jeng....ok..follow cara2 di bawah yer...tapi ingat...jangan wat lebih 3 kali utk 1 number..sbab kalau lebih,nanti sistem akan terus sekat dan block number korang,ok?


Timing nya, korg blh topup pertengahan ujung bulan between 25 hb keatas dlm kul 3am keats. coz dlm tempoh ni, system akan di selenggara, so ada loopholes. kene try&error..ianya boleh dilakukan utk mana2 syarikat telco..khas utk topup RM 10
1) beli topup RM 10… gores & ready to go.
2) korg type < ** REC 10 > , then send to 00991) tgu reply, kat skrin akn kuar satu serial number 6 digit, korg salin tau.
4) pastu korg type < ** REC 10> <123456> msuk kan 6 digit td, send 00992) pastu diorag akn reply “insert ur topup num”, so korg type 14 digit topup number yg korg beli cntohnya;
<01234567891023> send to 009903
6) tak lama pastu diorg akn reply;








“ingat ni company opah kau yg punya? msuk toilet pun kene byr 20sen, ni kau nk topup 10 hengget nk pkai seumur idup plak!! bnyk cantik muka kau”:P

hahahahahah...2 die sudah kena...:) jangan marah yer.....aku pon terkena jgk...saje la kongsi ngan korang..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...