Tukang Follow Ini Blog

Lelaki 8G Yang Di BENCI Wanita

Author: Mr.ReVMon /

1. Garang ( garang tak bertempat, suka... mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh… macam ler dia betul semua, dsb) Lelaki perlu menginsafi diri bahawa wanita bukan alat untuk melepaskan kemarahan atau perasaan geram, sebaliknya dihargai dan dilayan dengan lemah-lembut.

2. Ganas(kaki pukul, dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebab tahu perempuan bukan lawannya) Lelaki bersikap ganas memang perkara utama yg dijauhi wanita sebab tak mahu mata biru atau badan lebam-lebam bila dah kahwin. Tidak kasihankah lelaki pada wanita yang lemah? Wanita bukan lawan lelaki sebaliknya lelakilah yang patut melindungi wanita.

3. Gementar(takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung pada orang lain, dsb) Contohnya, depan perempuan, lidah kelu sampai ayat yg dilafaz kan pun tak jelas isi butir. Lelaki perlu mengatasi rasa gementar.

4. Gabra(tak pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan saja) Perempuan tak suka lelaki yang tiada keyakinan diri atau cepat panik menghadapi sesuatu perkara.

5. Gentleman tiada(langsung tak gentle, p entingkan diri sendiri, ambik kesempatan, dsb) Kalau masa bercinta tak gentleman, inikan pula kalau dah kahwin nanti. Lelaki perlulah menghormati wanita selayaknya. Sudah pasti wanita itu juga akan menghormati lelaki dengan perasaan hormat lagi.

6. Gerumal(bahasa kedah -bohong atau tipu. Suka tipu perempuan untuk kepentingan diri sendiri. Sekali dua boleh maaf, tapi ni berkali2.) Lelaki tidak boleh menggunakan alasan bohong sunat utk melepaskan diri sebaliknya belajarlah untuk menjadi jujur dan bercakap benar dengan wanita. Bukankah berani kerana benar, takut kerana salah? Jika asyik membohongi wanita, sudah pasti kepercayaannnya kepada anda akan musnah.

7. Ganggo(keterlaluan- lembut sangat, pemalu sangat, pendiam sangat, macho sangat, dll)Perempuan pun naik lemas jika lelaki bersikap keterlaluan dalam sesuatu hal. Cubalah bersikap sederhana dan mengimbangi karektor diri anda dengan baik.


8. Gatal(miang keladi ngan perempuan lain selain dengan isteri)Tak boleh tengok perempuan dahi licin atau anak dara, mulalah pasang niat nak mengorat.
Anda perlu ingat, kadangkala perempuan berpura2 melayan anda kerana ada udang sebalik batu. Mungkin dia materialistik dan cintakan duit anda sahaja.
Fahamilah perasaan isteri atau pasangan anda yang mencintai anda sepenuh hati! Bukankah lebih baik menggoda isteri sah anda daripada menggoda perempuan lain yang bukan hak anda.




*Jadi,buat lelaki-lelaki di luar sana, (juga buat diri saya sendiri) marilah kita renung diri dan baiki kekurangan diri sendiri*


 ·  ·

Harga Seorang WANITA

Author: Mr.ReVMon /


 
Ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat dat...ang dan bertanya,"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Tuhan???"

Tuhan menjawab,"Sudahkah engkau melihat setiap detail yang telah aku ciptakan untuk wanita?" Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".

Malaikat menjawab dan takjub,"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!

Tuhan menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".

Pemegang Rekod DUNIA dari MALAYSIA

Author: Mr.ReVMon /

Ini adalah antara beberapa contoh rekod-rekod dunia yang dipegang oleh rakyat Malaysia....Mari sama-sama kita lihat kehebatan warga Malaysia......


1) Menarik Kapal Terbang Menggunakan Rambut

Tentu ramai di antara kita yang masih ingat aksi lelaki India ini kan?Pada 30 september 1990, Orang Kuat Malaysia, Mr. R.Letchemanah telah melakukan aksi hebat dengan menarik sebuah pesawat Boeing 737 seberat 32.5 tan hanya dengan menggunakan rambutnya!(korang bayangkanlah betapa kuatnya rambut dia). Beliau telah berjaya menarik pesawat itu sejauh 16.85 meter (kira-kira 55 kaki) bertempat di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Subang.

Pada 1 Mei 1999, bertempat di  Bruntingthorpe Proving Ground, Leicestershire, UK,beliau sekali lagi telah mencatatkan rekod dunia dengan melakukan aksi menarik sebuah bas 2 tingkat yang seberat 7874 kg dengan menggunakan rambutnya juga. Bas tersebut berjaya ditarik sejauh 30 meter (lebih kurang 98 kaki).Syabas!

2) Pemindahan Tangan Pertama di Dunia

Pada 18 May 2000, Malaysia telah mencatatkan sejarah apabila berjaya melakukan pembedahan pemindahan tangan yang pertama di dunia terhadap seorang bayi berusia sebulan iaitu Choh Ling Ying (gambar).Pembedahan bersejarah itu telah dilakukan oleh kakitangan Hospital Selayang yang diketuai oleh Dr. V Pathmanathan dan mengambil masa selama 15 jam. Ternyata warga Malaysia juga punya kepakaran dan kemahiran yang tinggi dalam bidang perubatan.Tahniah!


3) Paling Banyak Menjadi Pengapit Pengantin Lelaki



Sehingga tahun 2006, Mr. Ting Ming Siong (gambar), seorang lelaki dari Sarawak, masih lagi memegang rekod dunia sebagai orang yang paling banyak menjadi pengapit pengantin lelaki. Dia telah menjadi pengapit sebanyak 1395 kali bermula daripada tahun 1975 sehingga kini.




4) Perkataan Singkatan (abbreviation) Yang Terpanjang di Dunia

Sebuah syarikat koperasi dari Perak telah mencatatkan nama sebagai pemegang rekod nama singkatan yang paling panjang di dunia. Nama syarikat itu ialah Syarikat Kerjasam Orang-Orang Melayu Kerajaan Hilir Perak Kerana Jimat Cermat Dan Pinjam-Meminjam Wang Berhad (pergghhh...nama camni pun ada ke??).Singkatan nama syarikat ini ialah S.K.O.M.K.H.P.K.J.C.D.P.W.B

5) Pensil Tertinggi di Dunia

Pensil yang tertinggi di dunia terdapat di syarikat pembuat alat tulis terkemuka iaitu Faber Castell di USJ,Subang Jaya,Selangor. Pensil yang menjadi simbol syarikat tersebut diperbuat daripada kayu jelutong,berketinggian 20.248 meter dan mengambil masa 4 bulan untuk disiapkan.Kini ianya masih lagi tersergam kukuh di pejabat Faber Castell seperti yang dapat dilihat di dalam gambar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...