Tukang Follow Ini Blog

IKLAN YANG MESTI ANDA TONTON!

Author: Mr.ReVMon / Labels:

Ini adalah entry berkenaan iklan yang kedua utk kali ni...tapi entry ni bukan lah sambungan entry yang pertama tu dulu...kali ni aku hidangkan iklan2 yang aku rasakan unik,menarik,kreatif dan bernas yang dibuat oleh para penggiat seni di serata dunia...sama-sama lah kita tonton dan hayati iklan-iklan yang menarik ni...

1) IKLAN SYAMPU PANTENE (THAILAND)


2) IKLAN YANG TERMAHAL DI DUNIA (ARE YOU SURE??)


3) IKLAN MUZIK AKUSTIK YG SANGAT KREATIF (JEPUN)


4) IKLAN MC'DONALD ARAB STYLE!


5) IKLAN YANG PERLU ADA DI MALAYSIA


6) IKLAN BERBUKA PUASA


7) IKLAN PALING KELAKAR!! (WAJIB TENGOK...TAPI JANGAN TIRU PULAK..)



8) IKLAN ANTI MEROKOK PALING BEST!



9) IKLAN DEODORANT (BANNED)


10) IKLAN MENTOS (INDIA)


11) IKLAN PHONE GATAL!



12) IKLAN UBAT BATUK INDIA


13) IKLAN AKUPUNTUR CHINA


14) IKLAN TOYOTA BIJAK!


15) IKLAN MAT REMPIT THAILAND


16) IKLAN PHONE THAILAND

IKLAN T.V

Author: Mr.ReVMon /

Anda pernah tengok iklan kat TV?mestilah pernah kan...sape yg cakap tak pernah tu bak kata uscop wilcha 'nampok benor menipunya~~'...apa ada pada iklan?apa pentingnya iklan?kadang2 tu kite menyampah dengan iklan sbab ganggu time kite nak tgk drama kat TV...tgh syok2 tgk samarinda ke,citer indon ke,tiba2 ada plak iklan...bukan seminit dua,tapi 5-6 minit..kena plak iklan TV3,mau dekat 10 minit..tak percaya try la record masa time ada iklan..hehe..iklan ni penting utk jual produk...and utk tarik perhatian org ramai...so dalam entry kali ni..aku nak kongsikan beberapa iklan menarik (versi Malaysia jer dulu) khasnya iklan time raya and Hari Merdeka...korang mesti tau kan sape 'otai' iklan kat Malaysia ni..tentunya Allahyarham Yasmin Ahmad...sejak beliau pergi,dah takde iklan2 raya menarik kat TV..btol tak?so..ini antara beberapa koleksi iklan Raya dan Hari Merdeka yg sentiasa aku (dan mungkin juga korang semua) minati dan akan kenang sampai bile2...


1) Pasukan Kuda Belang!!! (Iklan Merdeka Petronas 1999)

iklan yg memaparkan semangat kerjasama antara kaum di negara kite...bagus iklan camni..ada nilai pengajaran...part yg paling aku suka time dia ckp 'pasukan kuda belang!!'..haha...lagu itik gembo-gembo yg dlm iklan ni pon mcm sempoi jer..memang menarik iklan ni...



2) Motor ni abah punya...(Iklan Merdeka Petronas 2008)


Satu lagi iklan yg bermanfaat...walaupon tak berapa ada unsur hunor..tapi cuba kita renungkan kembali apa yg cuba disampaikan dalam iklan ni....kita mesti berusaha sendiri utk dapatkan sesuatu yg kita inginkan..jgn hanya tau meminta dan bergantung harap pada org lain..tgk mcm aiman dlm iklan ni..walaupun dia x dapat apa yg dia mintak daripada ayah dia,dia usaha sendiri...itu juga membuatkan dia jadi insan yg kreatif dan inovatif...biarlah tak dapat kereta mainan canggih pon,asalkan boleh jgk ada kereta mainan...lagipon..aiman kan tak kisah...heheh



3) Aku hero laaaa....hero mana boleh mati....(iklan Merdeka TV3)


Iklan ni memang menggamit memori zaman kanak2 dulu..zaman main perang2..tembak2..haha...ada yg dah kena tembak tapi taknak mengaku mati...yg dah mati hidup balik la...macam2 hal kan?tu lah zaman kanak2 dulu..memang menarik sgt utk kita kenang kembali..bagi aku iklan ni menarik sebab ia ingatkan kita dengan zaman kanak2 kita dulu..semua org pasti tersentuh dan rasa suka bile kenang balik zaman kanak2 bersama kawan2..kan?apa komen anda?


       4) Mahal la pakcikkkkkk! (Iklan Petronas Merdeka 2005)


Iklan yg mengajar kita tentang erti tidak berputus asa...walaupun org dalam iklan tu cacat...tp dia tidak pernah langsung berputus asa dan tidak juga dia bergantung hidup pada org lain...jadi,kita pon perlu ada sifat cmtu...ada semangat yg kuat...walaupon kite serba kekurangan,tapi kita tak boleh putus harapan...kena teruskan usaha...kan Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum utk melainkan kaum itu berusah utk mengubah nasib mereka sendiri?renung-renungkanlah~



5) Sampan (Iklan Merdeka Petronas 2007)



Iklan ni tak perlu aku ulas panjang2....memang lengkap 'pakej' yang diberi dalam iklan ni...menggambarkan sifat sebenar bangsa Melayu (sedihnya aku...) malas,asyik bergantung pada bantuan orang,tak amanah,menipu...ishh....sedih...

Rasanya cukup dulu 5 iklan ni...nanti dalam entry yg lain aku akan bagi lagi beberapa iklan yg bukan sahaj menarik,tp juga yg paling penting,ada pengajaran dan nilai2 murni utk kita sama2 hayati...

Aku Menulis Bukan Kerana Nama....

Author: Mr.ReVMon /

Pernah tak dengar ayat seperti kat tajuk entry ni? "aku menulis bukan kerana nama"....yaaa...tu antara bait2 lagu Ramli Sarip sebenarnya...hehe..lagu "Bukan Kerana Nama"..tapi bukan la aku nak tulis tentang lagu tu..aku just nak share tentang minat menulis dalam diri aku ni..aku minat menulis..yeah,sangat minat sebenarnya..mungkin aku ni lebih 'sastera' dan kurang 'matematiknya'...aku rasa kalau aku asah lagi bakat menulis ni,dah boleh buat novel dah ni...(well...of course utk jadi seorang novelis atau penulis tu memerlukan kesungguhan dan masa...dua kualiti yg aku tak berapa ada~~).tapi takpelah,mungkin aku bukan seorang penulis atau novelis...tapi memang aku minat menulis...kalau zaman sekolah dulu,aku suka buat karangan...kalau stakat exam buat karangan ni memang takde masalah la..(ecehh..berlagaknya!)tapi..aku reti buat karangan yg panjang2...yg perlukan huraian jer...kalo bab2 buat rumusan ke..summary ke..aku failed sket..haha...bukan sebab aku suka merapu agaknya...ok..so sebelum aku merapu lg banyak lg...baik aku abeskan tulis entry ni kat sini aje...sebelum tu..nikmatilah lagu Ramli Sarip yg menjadi 'inspirasi' aku utk entry kali ini....aku menulis bukan kerana nama...korang menulis kerana apa??


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...