Tukang Follow Ini Blog

Tanda-tanda seorang LELAKI diMINATI WANITA

Author: Mr.ReVMon /

*milik siapakah gadis ini*

1) TUNJUK MINAT
Si dia (wanita) yang mempunyai minat terhadap anda akan sentiasa memberikan perhatian dan menunjukkan minat terhadap segala apa yang anda bincangkan. Biarlah isu yang anda bincangkan itu mungkin kadangkala tidak masuk akal ataupun merapu,dia akan tetap memberi sepenuh minat. Meskipun anda bukanlah seorang yang pandai berbicara,dia tetap akan melayan anda dengan hati yang terbuka dan perhatiannya hanya pada anda. Jika si dia selalu tersenyum melayan perbualan anda,ternya dia meminati anda....jangan tunggu lagi..mulaka langkah anda!

2) BERSIKAP TERBUKA
Wanita selalunya tidak akan berkongsi segala maklumat peribadinya secara terbuka kepada lelaki,melainkan dia mempunyai minat terhadap lelaki itu dan mempunyai rasa yakin terhadap si teruna. Jika si wanita mula berkongsi segala ceritanya kepada anda,itu tandanya hatinya mula terpaut pada anda.

3) DIA MEN'JUAL' DIRINYA
Jangan salah faham dengan tanda yang diberikan ini. Ia nya bukanlah suatu perkara negatif.  Jika percakapan dan perlakuannya mula menunjukkan tanda yang dia mempromosikan kelebihan dan sifat positif dirinya, maka ini adalah petanda bahawa hatinya telah terpaut pada anda. Perlakuannya yang sedemikian adalah untuk menyatakan kepada anda bahawa dirinya berbaloi untuk dimiliki

4) TIDAK SENANG DUDUK
Sesetengan wanita biasanya suka menunjukkan tanda (hint) yang tidak jelas dan sukar untuk sang lelaki mentafsirkannya. Namun apabila si wanita mula tidak senang duduk bila berhadapan dengan anda,sedikit gugup dan malu-malu,ataupun sengaja terlanggar bahu anda sambil mengerling manja, ternyata anda hanya perlu berusaha sedikit sahaja kerana pintu hatinya sudah separuh terbuka buat anda,percayalah!

5) ANDA DIPERKENALKAN KEPADA RAKAN DAN KELUARGANYA
Ini bermakna anda telah pun diterima masuk ke dalam hidupnya. Mengenalkan anda kepada teman-temannya bermakna dia bangga memberitahu kepada temannya bahawa anda adalah 'kepunyaa' dia dan juga mungkin membawa maksud 'jangan akacau aku punya'....setelah itu,anda akan diperkenalkan pula dengan keluarganya untuk membawa perhubungan anda ke tahap yang lebih serius

1 Komen:

dine84 said...

diri ini begitu berharap dicintai spenuh hati oleh si gadis,...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...