Dalam dua tiga hari ni kecoh benor kat wall2 Facebook dengan penyebaran mesej tentang kononnya air Coca-Cola,Pepsi,7UP,Twister dan adik beradiknya telah dicemari dengan virus HIV angkara salah seorang pekerja kat kilang tu yg letak darah dia yang ada virus HIV ke dalam air yang dikeluarkan oleh kilang minuman tersebut....ish..ish..ish..mula2 dengar memang mengerikan bunyinya...setelah disiasat,rupanya hal ni memang dah kecoh kat luar negara...tengok contoh sms berantai ni :
“IMPORTANT MESSAGE FROM DELHI POLICE…. 4 next NEXT FEW DAY DNT DRINK ANY PRODUCT FROM PEPSI, TROPICANA JUICE SLICE, 7UP, COCA COLA, ETC , AS A WORKER FROM D COMPANY HAS ADDED HIS BLOOD CONTAMINATED WIT AIDS. Watch ND TV. Plez Forward dis mesge to every 1 u care 4 plz.>
atau setelah diterjemahkan nya menjadi~~~
(“PESANAN PENTING DARI POLIS DELHI….UNTUK BEBERAPA HARI SELEPAS INI JANGAN MINUM SEBARANG PRODUK DARI PEPSI, TROPICANA JUICE SLICE, 7UP, COCA COLA DAN LAIN-LAIN, SEORANG PEKERJA DARI SYARIKAT ITU TELAH MEMASUKKAN DARAHNYA YANG MENGANDUNGI AIDS. Tonton ND TV.
Setelah diteliti lebih lanjut,ternyata berita ini semuanya palsu...Dan di dalam satu kajian ada menyatakan bahawa:
“HIV does not live long outside the body. Even if small amounts of HIV-infected blood or semen was consumed, exposure to the air, heat from cooking, and stomach acid would destroy the virus. Therefore, there is no risk of contracting HIV from eating food.
(“HIV tidak boleh hidup lama di luar badan. Walaupun sejumlah kecil darah yang dijangkiti HIV atau air mani yang dimakan, pendedahan kepada haba udara, memasak, dan asid perut akan memusnahkan virus itu. Oleh itu, tiada risiko dijangkiti HIV daripada makan makanan),”
sehingga kini, tiada sebarang aduan berkaitan produk makanan yang dicemari darah atau air mani yang mengandungi virus HIV dan tiada sebarang insiden yang membabitkan jangkitan HIV melalui produk makanan.
Jadi...janganlah risau yer...ape2 pun,minum minuman ringan tu tak elok untuk kesihatan anda..jadi...jangan amalkan nya yer~~ =)