Tukang Follow Ini Blog

RAHSIA!!! Gaji Yang DiPertuan Agong dan Perdana Menteri

Author: Mr.ReVMon /





Elaun untuk Agong dan Permaisuri Agong.Ini adalah dibawah Undang-undang Malaysia Akta 269 (Akta Peruntukan Diraja 1982).
Ini budget tahunan untuk Agong. Akan dibayar secara bulanan kepada Agong. Selain dari elaun untuk Agong ni, mereka masih dapat elaun Sultan di negeri masing masing.1. Privy Purse - RM360,000 (bermakna bulanan adalah RM30,000).
2. Elaun kerajaan - RM120,000 (bulanan sebanyak RM10,000)
3. Elaun diraja Istana Negara - RM144,000 (bulanan sebanyak RM12,000)


So, total setiap bulan seorang Agong dapat adalah sebanyak RM52,000 .

Elaun untuk Permaisuri Agong ialah

1. Privy Purse - RM67,200 (iaitu RM5,600 sebulan).
2. Elaun kerajaan - RM21,600 (RM1,800 sebulan).

Total sebulan Permaisuri Agong dapat ialah RM7,400.

Selain daripada tu, setiap tahun Agong dapat lebih RM53 million untuk perbelanjaan istana, sambutan tetamu dan untuk gaji pekerja dia. Breakdown nya adalah seperti berikut

1. Perbelanjaan istana dan sambutan tetamu - RM52,259,100
2. Gaji kakitangan istana - RM1,004,880

Elaun untuk bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong

Aku tak pernah tau wujud nya elaun ni. Bermakna setiap bekas Agong yang tukar setiap 5 tahun tu akan dapat elaun bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong. Ini adalah dibawah peruntukan Undang-undang Malaysia Akta 270 (Akta Istana Negara Elaun-elaun Diraja 1982) pindaan 2006.

Dibawah akta ni elaun akan dibayar kepada bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong setiap bulan untuk seumur hidup. Contoh nya lah kan , macam Sultan Azlan (bekas Agong), selain dari elaun Sultan dia dapat tiap bulan, dia juga dapat elaun bekas Agong.

1. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Agong - RM15,180 sebulan.
2. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Permaisuri Agong - RM4,500 sebulan.

Boleh dikatakan kat Malaysia ni kebanyakan Sultan dah pun jadi Agong, just imagine berapa banyak kerajaan belanjakan untuk kesemua bekas-bekas Agong dan bekas-bekas Permaisuri Agong yang masih hidup?

Pencen khas untuk balu Agong

Ini adalah pencen untuk balu Agong. Bermakna kalau Agong tu meninggal semasa dia tengah jadi Agong, so balu dia akan dapat pencen ni. Contohnya pencen khas ni Siti Aishah dapat sebab Sultan Selangor mati masa tu dia tengah jadi Agong kan . Kira untung lah Siti Aishah ni sebab dapat pencen khas. Anyway, ini adalah di bawah Undang-undang Malaysia Akta 223 (Akta Pencen Khas Raja Permaisuri Agong 1979).

So, ini lah yang Siti Aishah dapat.

1. Pencen seumur hidup - RM4,500 sebulan.
2. Kereta (cukai jalan dan bayaran pendaftaran percuma) atau wang pukal RM250,000 untuk kereta. Juga dapat RM2,590.87 sebulan untuk driver dan maintenance of car.
3. Rumah Kerajaan yang akan disenggara oleh Kerajaan atau wang pukal RM750,000.

Elaun Sultan dan kerabat (contoh Kedah)

Elaun untuk Sultan dan kerabat kat setiap negeri adalah dibawah peruntukan negeri masing-masing. Setiap negeri ada Enakmen Peruntukan Diraja. Ini contoh untuk Kedah. Basically, kat negeri negeri lain pun lebih kurang sama juga amount nya.

1. Elaun Sultan - RM52,600 sebulan.
2. Elaun keraian Sultan = RM15,480

So, setiap bulan Sultan (contoh disini ialah Sultan Kedah) ialah sebanyak RM68,080.

Untuk Sultanah pulak elaun nya adalah

1. Elaun Sultanah - RM12,000 sebulan
2. Elaun peribadi Sultanah - RM2,600 sebulan.

Sebulan Sultanah akan dapat RM14,600.

Elaun lain lain untuk kerabat ialah
Raja Muda - RM13,000
Raja Puan Muda - RM5,200
Tunku Bendahara - RM4,000
Bini Tunku Bendahara - RM1,250
Tunku Temenggung - RM3,500
Isteri Tunku Temenggung - RM900
Tunku Laksamana - RM3,000
Isteri Tunku Laksamana - RM600

Banyak lagi elaun untuk kerabat bergelar.

Selain daripada tu kerabat-kerabat lain pun dapat allowances juga. Contoh macam anak anak Sultan dapat allowace dalam RM1,000 sebulan and kerabat jauh sikit (bukan anak Sultan) dinamakan kerabat kategori 2 juga dapat allowace sebanyak RM500 sebulan.

Gaji dan allowances untuk Perdana Menteri, Menteri dan Ahli Parlimen

Ini semua adalah dibawah Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) pindaan 2005 ....

Gaji untuk Perdana Menteri, Menteri, MP adalah seperti berikut,

Perdana Menteri - RM22,826.65 sebulan
Timbalan Perdana Menteri - RM18,168.15 sebulan
Menteri-menteri Kabinet - RM14,907.20 sebulan.
Timbalan Menteri-menteri Kabinet - RM10,847.65 sebulan
Setiausaha Parlimen - RM7, 187.40

Ahli Dewan Negara - RM6,508.59
Ahli Dewan Rakyat (ni kira MP lah) - RM4,112.79

Ini formula untuk calculate pencen bekas MP.

Pencen:
1/144 x tempoh perkhidmatan (bulan) x Gaji

Minimum pencen dapat ialah separuh dari gaji MP. Bermakna kalau jadi MP satu penggal pun akan dapat pencen paling sikit pun RM2, 056.40. Lagi lama jadi MP lagi banyak pencen dia akan dapat.

Gratuity:
1/48 x Gaji x 12 x tempoh perkhidmatan (bulan)

Sumber: http://ipanas2.blogspot.com

Deyyy Gopal!! Ranking Itu Penting Laa Machaa!

Author: Mr.ReVMon /



Hamidin janji atur lebih banyak perlawanan kelas A

Kuala Lumpur: Adakah pengendali skuad Harimau Malaya Datuk K Rajagobal harus mengubah pendiriannya selepas Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baru, Datuk Hamidin Mohd Amin semalam menegaskan betapa ranking itu penting!

Kenyataan Hamidin itu selepas menyaksikan Malaysia sekadar kekal di ranking ke-159 dunia dalam kemas kini terbaru Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), kelmarin susulan keputusan Rajagobal membatalkan aksi persahabatan kelas A dengan Singapura, bulan lalu. 
Berdasarkan ketegasan Hamidin itu, Rajagobal selepas ini pasti tidak lagi boleh mengambil jalan mudah untuk hanya mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan kelab dan menukar perlawanan berstatus A dengan skuad kebangsaan negara lain kepada sekadar perlawanan ujian. 

Sebelum ini, Rajagobal sering mengulangi pendiriannya betapa ranking tidak penting dan ia turut mendapat sokongan pengurus Harimau Malaya, Datuk Seri Subahan Kamal serta bekas Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad.

Dipintas Singapura

“Bagi saya, ranking itu sesuatu yang mustahak kerana ia menggambarkan kedudukan sesebuah pasukan negara di mata dunia dan ia juga boleh memberi kesan jika pemain kita nak beraksi di luar.
“Dengan kedudukan baik di ranking dunia juga, kita lebih mudah untuk mendapatkan lawan bagi perlawanan persahabatan antarabangsa.
“Jadi selepas ini, saya akan berusaha memastikan skuad Harimau Malaya mendapat lebih banyak perlawanan berstatus A terutama pada tarikh yang ditetapkan FIFA,” kata Hamidin ketika dihubungi, semalam.

Semalam, BH Sukan melaporkan biarpun Harimau Malaya kekal di ranking ke-159 dunia, tetapi dipintas oleh pasukan jiran, Singapura yang naik sembilan anak tangga ke ranking ke-156 dunia selepas mendapat tambahan 12 mata hasil kemenangan ke atas Myanmar 2-0 dan Laos 5-2, bulan lalu.


Sumber: Berita Harian

Berita Baik : Gaji Kakitangan Kerajaan Naik Bulan Julai 2013

Author: Mr.ReVMon /








KOTA KINABALU: Kenaikan gaji kakitangan awam yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, awal tahun ini akan dibayar pada hujung bulan ini.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata, ini menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap kakitangan awam.

“Surat pekeliling sudah saya keluarkan dan semua akan dapat kenaikan gaji tahunan ini pada penghujung bulan Julai.

“Maknanya bulan Julai mereka akan dapat kenaikan gaji tahunan. Satu kenaikan gaji yang akan melibatkan lebih satu juta kakitangan awam,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Produktiviti Dalam Perkhidmatan Awam, di Auditorium Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, di sini, kelmarin.

Turut hadir Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman, Pegawai Kesihatan Kawasan Penampang Dr.Mohd Saffree Mohd Jeffree, Pengerusi Majlis Bersama kebangsaan (MBK) Sains dan Teknologi Dalam Kumpulan Pelaksana Adnan Mat dan Presiden Sabah Medical Services Union Maiman Muntial.

Kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320 itu diumum Perdana Menteri awal tahun ini. Mereka yang layak mendapat satu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) itu membabitkan semua kakitangan awam di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) bertaraf tetap, sementara dan kontrak yang dilantik sebelum 1 Julai 2013 dan sedang berkhidmat pada hari berkenaan.

Mohamad Zabidi berharap para peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan berikutan kenaikan gaji kakitangan awam.

“Jangan pula, bila kita umum (gaji), semua dapat gaji pada hujung Julai, barang pun naik harga,” katanya.

Berkenaan dengan seminar itu beliau memuji usaha MBK Sains dan Teknologi, Pejabat Kesihatan Penampang dan Sabah Medical Services Union atas kejayaan menganjurkan seminar itu.

“Ini satu langkah yang baik untuk memberi pendedahan kepada para pegawai kerajaan mengenai kepentingan meningkatkan produktiviti dalam perkhidmatan awam,” katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...