Tukang Follow Ini Blog

Deyyy Gopal!! Ranking Itu Penting Laa Machaa!

Author: Mr.ReVMon /



Hamidin janji atur lebih banyak perlawanan kelas A

Kuala Lumpur: Adakah pengendali skuad Harimau Malaya Datuk K Rajagobal harus mengubah pendiriannya selepas Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baru, Datuk Hamidin Mohd Amin semalam menegaskan betapa ranking itu penting!

Kenyataan Hamidin itu selepas menyaksikan Malaysia sekadar kekal di ranking ke-159 dunia dalam kemas kini terbaru Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), kelmarin susulan keputusan Rajagobal membatalkan aksi persahabatan kelas A dengan Singapura, bulan lalu. 
Berdasarkan ketegasan Hamidin itu, Rajagobal selepas ini pasti tidak lagi boleh mengambil jalan mudah untuk hanya mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan kelab dan menukar perlawanan berstatus A dengan skuad kebangsaan negara lain kepada sekadar perlawanan ujian. 

Sebelum ini, Rajagobal sering mengulangi pendiriannya betapa ranking tidak penting dan ia turut mendapat sokongan pengurus Harimau Malaya, Datuk Seri Subahan Kamal serta bekas Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad.

Dipintas Singapura

“Bagi saya, ranking itu sesuatu yang mustahak kerana ia menggambarkan kedudukan sesebuah pasukan negara di mata dunia dan ia juga boleh memberi kesan jika pemain kita nak beraksi di luar.
“Dengan kedudukan baik di ranking dunia juga, kita lebih mudah untuk mendapatkan lawan bagi perlawanan persahabatan antarabangsa.
“Jadi selepas ini, saya akan berusaha memastikan skuad Harimau Malaya mendapat lebih banyak perlawanan berstatus A terutama pada tarikh yang ditetapkan FIFA,” kata Hamidin ketika dihubungi, semalam.

Semalam, BH Sukan melaporkan biarpun Harimau Malaya kekal di ranking ke-159 dunia, tetapi dipintas oleh pasukan jiran, Singapura yang naik sembilan anak tangga ke ranking ke-156 dunia selepas mendapat tambahan 12 mata hasil kemenangan ke atas Myanmar 2-0 dan Laos 5-2, bulan lalu.


Sumber: Berita Harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...